Wednesday, November 5, 2008

Tax deductibility of insurance premium

Sejak akhir-akhir ini selepas aku meeting UM di Trengganu, banyak aktikel yang aku baca mengenai Key-man Insurance, Business Insurance dan beberapa topic mengenai insuran dan syarikat. Banyak juga yang bertanya pada aku adakah premium insuran yang di bayar oleh syarikat boleh di tolak tax...

Jika aku menjawab tanpa merujuk kepada public ruling oleh LHDN, tapi berdasarkan pengalaman aku bekerja dan teori perakaunan dan cukai samada anda membayar cukai SEKARANG atau bayar NANTI apa-apa kita pasti kena bayar cukai. Pernah tak kita dengar orang kata “The two certainties in life; death and taxes”.

Jika premium diambil sebagai pebelanjaan syarikat, apabila claim dibuat, the sum assured yang dibayar (atau nilai surrender/nilai matang) akan dikenakan cukai jadi kita perlu meninggikan perlindungan to take into account of the tax impact on the proceeds. Jika premium tidak diambil sebagai perbelanjaan secara logiknya the sum assured yang dibayar tidak akan dikenakan tax....


Semasa saya mengkaji Business Insuran setahun yang lalu, saya diberitahu adalah idea yang baik jika syarikat menggunakan wang syarikat untuk membeli insuran kerana ia boleh diambil sebahai perbelanjaan syarikat untuk tax purposes. Ia akan mengurangkan cukai syarikat, walaubagaimanapun ia bukanlah idea yang sangat bagus.

Kenapa saya kata begitu......

Jumlah yang di benarkan untuk kita ambil sebagai perbelanjaan syarikat hanyalah premium bagi PERLINDUNGAN sahaja. Portion untuk simpanan/pelaburan akan dimasukkan kembali ke dalam akaun dan keuntungannya akan dikenakan cukai. Kawan saya akauntan di sebuah syarikat terkenal (Joseph) pernah bertanya kepada saya bagaimana hendak menentukan portion premium yang kita bayar itu bahagian insuran dan bahagian simpanan. Bila di kaji pada quotation untuk endowment produk betul jugak kata Joseph daripada premium yang kita bayar, kita tidak tahu berapa untuk perlindungan dan berapa untuk pelaburan kita. Bagi investment link di quotationnya di beritahu charges-charges yang di kenakan senang lah sikit. Untuk mengatasi masalah ini polisi term sesuai di gunakan untuk purpose of key-man insurance dimana kesemua premium boleh di tolak cukai.

Sila rujuk IRD Public Ruling mengenai cukai untuk key- man http://www.hasil.org.my/english/pdf/ruling(2)2003.pdf

Selalunya cara yang berkesan bagi syarikat untuk pembayaran premium dan boleh di ambil sebagai perbelanjaan, kita boleh mencadangkan method ini:-

1) Declare dividen kepada shareholder. Dividen akan menjadi pendapatan kepada shareholder (Budget 2008) dan tunai boleh di gunakan sebagai premium. Cara ini akan mengurangkan rate cukai kepada current corporate tax rate of 26% (or less).



2) Bayar director fees kepada shareholder andaikata mereka adalah director syarikat. Director fees sebagai pendapatan individu dan akan di kenakan cukai individu. (Kena masukkan dalam EA form) kemudian tunai ter sebut digunakan untuk membayar premium

Harap-harap sedikit membantu member-member yang nak tahu mengenai topic ini. Ada banyak lagi yang boleh aku share mengenai premium kalau syarikat enterprise pulak tapi to be continue.

Wednesday, October 29, 2008

Antara Kerja dengan Sahabat

Dah lama jugak aku tidak menulis dalam blog ni. Banyak kejadian dalam hidup aku yang menyentak hidup aku dan membuat aku sedikit blur. Antara kerja dan sahabat, susah andainya kita tidak pandai membezakan antara dua perkara ini. Waktu berkerja tidak kira lah dengan kawan atau sahabat atau sesiapa sahaja kita berurusan kita mesti akan bersikap secara profesional. Aku pernah bekerja dengan orang selama 13 tahun dari bergelar kerani di naikkan pangkat ke pegawai dan seterusnya manager macam manusia yang aku kena pernah jumpa tetapi aku tidak pernah lagi jumpa manusia yang suka meletak pasir dalam periuk nasi orang dan suka menyalahkan orang lain apabila masalah dalam kerjanya tidak selesai.

Bagi aku sahabat adalah satu ikatan seperti adik beradik. Waktu kita susah selain daripada keluarga, sahabat adalah tempat untuk mengadu nasib. Dalam hubungan persahabatan kita perlu ikhlas, pukul belakang bukan lah satu undang-undang dalam persahabatan. Manusia yang pukul belakang kita, kita tidak boleh panggil ia sebagai sahabat ataupun kawan tetapi sebagai musuh dalam selimut.

Keakraban dalam persahabatan kita tidak boleh samakan dalam profesional pekerjaan. Kadang-kadang bila kita ada masalah kita akan cerita pada sahabat tetapi malang sekali kalau sahabat kita menjadikan masalah kita untuk dibual dan dipancing dengan bos kita... Lebih-lebih lagi kalau kita ada masalah kerja... Apa bos kita akan kata pada kita... Hati-hatilah dengan sahabat kita mungkin ia bukan sahabat tetapi musuh dalam selimut.

Friday, September 26, 2008

Kawan

Sebut pasal kawan sebenarnya kita ada macam-macam kawan... Kawan baik, kawan waktu suka-suka atau kawan susah senang. Kawan jenis ape yang aku ada sekarang. Aku pun tak tahu kategori kawan ape yang aku ada............

Tuesday, September 23, 2008

Hari Jadiku



Hari ini birthday aku... Dah 34 tahun umur aku. Aku bukan nak bercerita mengenai hari jadi aku tapi aku nak bercerita mengenai ucapan. Tahun ini aku terima banyak juga wish daripada rakan-rakan lamaku yang kebanyakkan sudah lama aku tak hubungi. Aku tak sangka mereka masih lagi mengingati birthday aku.

Seorang rakan susah senangku Jagdish, pagi-pagi lagi call aku mengucapkan semoga aku success selalu dan panjang umur. Seingat aku Jag akan mengingati birthday aku semenjak umur aku 21 tahun. Bayangkan aku sudah 13 tahun aku menerima ucapan daripada beliau. Setiap tahun di jam yang sama beliau akan menghubungi aku dan mendoakan perkara yang sama. Tiba-tiba buat aku terpana sekejap dengan ikatan persahabatan kami kerana sejak akhir-akhir aku hanya mengingati birthday beliau selepas 2 atau 3 bulan berlalu. Apa punya kawan la aku ni.

Bercerita mengenai sahabat aku seorang ini... Beliau lah yang banyak membantu aku sepanjang zaman aku remaja hinggalah zaman aku memulakan bisness. Tidak pernah beliau berkata tidak apabila aku menagih pertolongan. Walaupun kami tidak sebangsa, tidak seagama dan kadang-kadang berlainan pandangan dalam beberapa perkara tapi beliau terlalu banyak membantu aku. Dia sentiasa ada apabila aku memerlukan pertolongan tidak kiralah dari segi pandangan ataupun material.

Hanya kami berdua sahaja yang tahu mengapa persahabatan ini menjadi terlalu unik... Buat Jag terima kasih atas segala nasihat, pertolongan dan yang penting ikatan persahabatan yang terlalu akrab dan lama.

Thursday, September 18, 2008

Pegang Buku

Bila sebut pasal pegang buku, mula-mula sekali kita mesti akan fikir kita sedang memegang sebuah buku. Itu kalau kita memberi definisi dalam bahasa yang mudah. Baru-baru ini aku telah pergi majlis berbuka puasa di Kelantan. Dalam perbualan aku bersama seorang sahabatku, kawanku memberitahu mengenai istilah pegang buku di sana.

Pegang buku yang di maksudkan oleh kawanku ialah kita tidak boleh mempercayai sesuatu kata-kata hinggalah apa yang di katakan itu terjadi. Buku dalam istilah mereka ialah ruas. Ruas buluh... buluh kan susah untuk di pegang, dia licin. Bila kita boleh pegang barulah kata-kata itu boleh dipercayai.

Sebagai contoh yang mudah peralihan kuasa oleh Pakatan Rakyat yang tidak menjadi-jadi lagi. Walaupun banyak cakap-cakap mengenainya, kita sebagai rakyat tidak tahu yang mana satu untuk di percayai tetapi kita hanya akan percaya bila perkara tersebut berlaku dengan kata lain bila buku itu sudah boleh dipegang... Betul tak maksud yang aku faham Awi????

Hari Raya


Macam tak percaya je kita sudah berada di penghujung ramadhan. Dalam kegawatan ekonomi, kegawatan politik kita dah nak menyambut hari raya. Makna hari raya untuk diriku ialah boleh makan sedap-sedap yang dimasak oleh mak dan kami akan berkumpul adik beradik.

Tahun ni mungkin ada kelainan sedikit dalam keluargaku kerana mak aku jatuh sakit. Sudah pasti raya tahun ini tidak ada air tangan ibuku. Aku pun tak tahu siapa la yang akan mengambil alih tugas menyediakan ketupat kegemaraan kami. Tiap-tiap tahun mak mesti akan ingatkan kami "belajar-belajar buat ketupat bila aku tak ada nanti korang semua tak tahu nak buat." Seingat aku, aku pernah belajar sekali, tapi aku masih tak tahu lagi membezakan ketupat jantan ke atau ketupat betina. Maybe tahun ni kami buat ketupat di tepi katil mak agar mak dapat perhatikan cara kami.

Sepatutnya tahun ini, kami adik beradik berpakat untuk beraya dan menghabiskan waktu meneman mak di hari raya. Keuzuran mak membuatkan kalau boleh ingin selalu bersama dia manalah tahu kalau-kalau tahun ini adalah raya terakhir dia bersama kami.

Tapi nampak gayanya aku mungkin berpeluang bersama mak di pagi raya sahaja memandangkan suamiku ingin menghabiskan cuti rayanya bersama keluarganya di kampung. Walaupun berat hatiku tetapi terpaksalah aku mengikut rancangan mereka adik beradik... Rancanganku selalunya menjadi rancangan kelima bagi suamiku. Terpaksalah aku mengikut rancangan-rancangan yang lain dahulu.

Aku memohon pada Allah agar raya ini bukanlah raya terakhir kami bersama mak dan ayahku. Ya Allah sihatkan tubuh badan dan panjangkanlah usia ibuku.

Monday, September 15, 2008

Ketua Keluarga


Apabila tiba di hari perayaan ini saya terfikir beratnya tugas ketua keluarga... Kena fikir bagaimana untuk mencari wang bagi memenuhi kehendak-kehendak orang tersayang. Sudah pasti setiap ketua keluarga ingin memberi kegembiraan dan memenuhi semua impian ahli keluarga mereka.

Saya terkenang sewaktu saya kecil dahulu, keluarga saya agak besar dan kami hidup dengan pendapatan abah yang sangat kecil. Abah akan cuba sedaya upaya memenuhi kehendak mak dan kami adik beradik. Setiap hari abah akan bekerja lebih masa agar pendapatannya pada bulan itu lebih. Tapi sudah pasti tidak semua kehendak kami akan dipenuhi. Sebagai contoh saya hanya akan mendapat sepasang baju raya tanpa kasut raya dan begitulah sebaliknya bagi adik beradik kami yang lain. Waktu itu kami sangat gembira walaupun kadang-kadang kami tidak mendapat apa-apa untuk tahun tersebut.

Kini manusia semakin bijak dan moden. Adakala tugas sebagai ketua keluarga mereka abaikan dan tidak ambik endah. Tidak seperti zaman dahulu. Mereka sanggup berhabisan tenaga mereka asalkan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dipenuhi. Alangkah malangnya keluarga yang mempunyai ketua keluarga tetapi seperti tiada ketua. Bagaikan kapal tiada nahkoda. Sudah pasti tugas-tugas sebagai ketua keluarga akan diambil alih oleh orang yang lebih bertanggungjawab dalam keluarga tersebut.

Kedudukkan


Selalu saya bertanya kepada rakan-rakan yang telah berumahtangga kedudukkan mereka dalam diri pasangan mereka. Selalunya jawapan yang diterima mestilah kedudukan yang tertinggi atau yang terpenting. Bila ditanya mengapa, jawapan mereka kerana pasangan mereka tidak pernah mengabaikan mereka bila membuat keputusan, keinginan mereka atau kehendak mereka diberi keutamaan berbanding orang lain.

Indahnya kalau menjadi orang terpenting. Bagaimana kalau kita menjadi orang yang tidak berapa penting dalam hidup pasangan kita?? Menjadi orang kedua, ketiga ataupun keempat. Pasti sedihkan, kerana kita akan menjadi pilihan terakhir selepas pilihan-pilihan yang pasangan kita ada.

Bagi saya, apabila kita tahu kedudukkan kita maka kita secara automatiknya mempunyai persaingan tak kiralah siapa persaingan kita. Sebagai contoh jikalau kedudukkan kita adalah yang kelima didalam diri pasangan kita maka secara logiknya kita mempunyai 4 orang lagi persaingan walaupun dengan nyata kita akan kalah dengan persaigan kita. Sudah pasti pasangan kita akam memberi keutamaan kepada orang-orang yang lebih penting dalam hidup mereka.

Agak-agak kalau kita di tempat yang kelima dalam hidup pasangan kita, apa yang perlu kita lakukan. Ada sahabat saya beritahu, angkat kaki saja cari orang betul-betul sayang kita dengan sepenuh hati mereka. Pasti kita tidak akan terluka. Entahlah kesian sungguh kalau kita terpaksa hidup dengan pasangan yang tidak meletak kita di tempat yang tertinggi di hati mereka. Kesian kalau kita menjadi pilihan terakhir mereka setiap kali keputusan dibuat.

Tuesday, September 9, 2008

Penantian

Pernah dengar tak orang bercinta berkata penantian itu satu penyeksaan... Memang kalau kita sedang menunggu sesuatu tanpa tahu keputusan kita akan merasa sangat tertekan dengan kata lain sangat terseksa.

Bukan orang bercinta sahaja yang sentiasa menanti, student menanti hari exam, ayah mak menanti kepulangan anak-anaknya, isteri menanti suaminya. Selagi kita hidup kita akan terus menanti....

Selagi kita menanti, selagi itulah kita akan terseksa...

Monday, September 8, 2008

Kasih Sayang

Ikatan kekeluargaan adalah sesuatu yang unik untuk diceritakan. Waktu kita kecil adik beradik adalah segala-galanya. Aku masih ingat lagi kata-kata kakakku harta mak dan abah hanyalah kita lapan beradik. Bila kita dewasa dan sudah mempunyai penghidupan sendiri ikatan kekeluargaan itu makin longgar tambah-tambah bila semua ingin mengikut kepala masing-masing dan paling menyedihkan lagi bila sudah ada yang menjadi duri dalam daging.
Alangkah seronoknya kalau kita masih kecil dan tidak menjadi dewasa pasti pergaduhan adik beradik tidak akan timbul.

8 Ramadhan

"Jalanilah kehidupan seperti Ramadhan maka kematian akan datang seperti anak bulan 'Idul-Fitri."

Kata-kata yang ringkas ini menyebabkan saya termenung. Saya tidak ingin mengulas kata-kata hikmah ini. Malah saya tidak layak pun untuk mengulasnya. Saya ingin tinggalkan kata-kata ini untuk dihayati sendiri oleh hati setiap kita. Hayatilah. Renungilah. Lihatlah dengan mata hati yang bersinar.

"Ya Allah! Oh Allah.. Bantulah kami!"

Thursday, September 4, 2008