Friday, September 3, 2010

Mak.....

Semakin dekat hari raya.... semakin sedih aku rasa. Tahun lepas adalah raya terakhir aku bersama mak... dan aku tidak sangka itu adalah kali terakhir aku memohon ampun maaf dan minta mak halalkan susunya. "Mak dah lama maafkan segala dosa dan salap silap hang D". Itulah yg mak jawab.... Dan kesempatan pagi raya itu aku mencium ubun-ubun mak dan aku tak sangka itu adalah kali terakhir aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai anak.

Mak.... Sehari sebelum raya, mak kata mak nak beli kerusi kayu jati... Keliling Bidor aku, abah dan suamiku mencari tp kebanyakkan kedai perabot dah tutup... Sedih rasa hati kerana tidak dapat penuhi impian mak.. Raya tahun lepas mak bersungguh mahu pulang kekampung kerana katanya dia dah makin sihat. Baju raya yang aku beli pun dia tak sempat pakai kerana mak mahu pakai semasa balik kg. Ajal maut di tangan tuhan... Kita hanya merancang.

Mak, D sangat merindui mak... D rindukan panggilan telefon, D rindukan mak marah D tak makan, D rindukan bebelan mak suruh makan ubat-ubat HPA... D amat merindui mak....

Sunday, August 22, 2010

Leader

Hari ni rasa nak share pasal kepimpinan sebab baru-baru ni seorang agen aku mengkritik aku secara terbuka di kedai Siah, ayat dia "Kak Zu sbg s'org leader kzu mestilah berpegang/firm dgn decision kak zu" Wah tersentap jugak aku bila dengar dia kritik aku dah lah depan agen2 lain tapi sebenarnya setiap apa aku buat sebenarnya ada alasan aku tersendiri. Mengapa dan sebab apa dan kebanyakkan reason aku hanyalah satu sebab aku cuba memenuhi semua keinginan agen-agen aku. Nanti kalau tak ikut lagi susah sebab akan wujud provokasi-provokasi yg panas dan kalau tak pandai handle boleh pecah belah di buatnya... Bukan senang nak memenuhi hati semua orang dan kekadang sampai keinginan sndiri pun terpaksa ditolak tepi. Air mata, kecik hati dgn berbagai provokasi org sepanjang aku menjadi leader jgn cakap lebih-lebih dalam setahun ni... Lagi kita banyak buat lagi banyak provokasi yg mereka timbul itulah harga yang terpaksa aku bayar.... Kritik-kritik dan provokasi yang timbul sebenarnya mengajar aku mengenali manusia, mengenali agen-agenku dan lebih-lebih lagi mengenali diri aku sendiri.

Bercakap mengenai leader, dulu aku juga mempunyai seorang leader yang sepatutnya guide aku, membantu aku utk berjaya dalam industri ini tapi leader aku tidak pernah memainkan peranan tersebut pada aku... Untuk bertemu dengan dia bukan senang.... Peristiwa yg paling aku tak boleh lupa dgn dia aku pernah tunggu 5 jam dalam kereta krn aku nak bawa dia pergi berjumpa client.... Masa tu panasnya hati aku tapi aku tak pernah marah dgn dia hingga sekarang krn pd waktu itu aku hanya mahu beliau guide dan ajar aku..... Dan itu adalah pertolongan beliau yg pertama dan terakhir utk aku.

Sepanjang aku berada di bawah kepimpinan beliau,aku rasa aku tidak pernah menyusahkan beliau semua benda aku lakukan sendiri dari a sampai lah z. Zaman aku dulu mana ada kerani seperti sekarang sampai 3 kerani aku sediakan untuk agen-agenku. Mengumpat, mengkritik UM aku dulu tidak pernah timbul, walaupun beliau tidak pernah buat apa-apa pada aku.... Apa yg aku tahu sehingga sekarang aku amat berterima kasih pada beliau kerana menerima aku didalam industri ini dan sehingga aku berjaya hingga kini. Sebab ketidak ambil tahu beliau pada akulah menyebabkan aku sgt kuat dan berjaya melalui kesukaran dalam bidang ini. Itulah harga beliau di dalam hidup aku.

Dulu dan kini tak sama.... Aku kena menyesuaikan diri dgn keadaan skrg... Dulu bagi aku leader walaupun seburuk mana mereka kita perlu hormati dan berterima kasih pd mrk... Skrg agen akan mengkritik kita, timbulkan provokasi sesuka hati mereka, umpat dan paling sedih apa bila ada pertikaian leadership aku krn aku sbg seorang WANITA aku kena terima dengan hati yg terbuka dan yg penting kata Zubir jgn simpan dlm hati. Walau apa-apapun aku sangat sayangkan agen-agenku. Kalau boleh aku ingin melihat setiap dr mrk berjaya dr asuhan tangan aku dan aku percaya mereka akan berjaya.

Sunday, August 8, 2010

Rumah Idamanku

Aku bercita-cita untuk membeli sekeping tanah di Cyberjaya dan aku ingin membina rumah idamanku di atasnya..... Rumah idamanku mestilah mempunyai 6 bilik tidur termasuk sebuah bilik pejabat untuk kegunaanku dan suami. Walaupun aku tak berapa rajin masuk kedapur tapi aku ingin sebuah dapur yang besar dan lengkap dengan dengan peralatan memasak yang canggih fuh....
Aku tidak pasti akan mendirikan sebuah kolam renang atau tidak memandangkan kami sekeluarga tidak pandai berenang....
Rumah idamanku mestilah mempunya sebuah ruang tamu yang sangat besar dan dilengkapi set sofa kulit yang moden....

Monday, May 10, 2010

Aku sangat merinduinya....

Semalam adalah hari ibu.... hari ibu pertama yang aku sambut tanpa seorang yang aku gelar mak. Sepanjang hari aku sangat bersedih, rindu dan tertanya-tanya mengapa Allah menjemput mak terlalu awal. Disaat aku sedang mendaki tangga kejayaan. Kemuncak kesedihan aku tidak dapat dibendung apabila aku mengucapkan selamat hari ibu kepada mentuaku. Aku sangat merindui mak, ingin aku peluk dan cium mak sepuas-puasnya.

Selepas kematian mak, tidak pernah aku kongsi perasaanku kepada sesiapa. Buat abang, kakakku dan adik-adikku serta suamiku aku tidak pernah berkongsi rasa dukaku dgn mereka tetapi mereka semua tidak pernah tahu bahawa setiap saat aku bersendirian terutama di dalam kereta aku sentiasa mengingati mak.

Aku selalu bertanya pada diriku adakah mak telah mengampunkan segala dosaku memandangkan aku adalah anaknya paling selalu melawan cakap mak. Abah cakap mak telah memaafkan segala dosa-dosa anak-anaknya.

Aku sangat merindui panggilan mak padaku.. Aku sangat merindui pabila mak menelefonku setiap hari bertanyakan sudah makan ke belum.... Aku sangat merindui bebelan mak apabila aku malas membuat kopi radix untuk suamiku.... aku sangat merindui mak