Monday, May 10, 2010

Aku sangat merinduinya....

Semalam adalah hari ibu.... hari ibu pertama yang aku sambut tanpa seorang yang aku gelar mak. Sepanjang hari aku sangat bersedih, rindu dan tertanya-tanya mengapa Allah menjemput mak terlalu awal. Disaat aku sedang mendaki tangga kejayaan. Kemuncak kesedihan aku tidak dapat dibendung apabila aku mengucapkan selamat hari ibu kepada mentuaku. Aku sangat merindui mak, ingin aku peluk dan cium mak sepuas-puasnya.

Selepas kematian mak, tidak pernah aku kongsi perasaanku kepada sesiapa. Buat abang, kakakku dan adik-adikku serta suamiku aku tidak pernah berkongsi rasa dukaku dgn mereka tetapi mereka semua tidak pernah tahu bahawa setiap saat aku bersendirian terutama di dalam kereta aku sentiasa mengingati mak.

Aku selalu bertanya pada diriku adakah mak telah mengampunkan segala dosaku memandangkan aku adalah anaknya paling selalu melawan cakap mak. Abah cakap mak telah memaafkan segala dosa-dosa anak-anaknya.

Aku sangat merindui panggilan mak padaku.. Aku sangat merindui pabila mak menelefonku setiap hari bertanyakan sudah makan ke belum.... Aku sangat merindui bebelan mak apabila aku malas membuat kopi radix untuk suamiku.... aku sangat merindui mak