Wednesday, October 12, 2011

Buat renungan wahai anakku....

❝ Pada hari itu sahabat-sahabat karib:
Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain,
kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa
yakni iman dan amal soleh. ❞ [Surah Az-Zukhruf 43: Ayat 67]

Tuesday, October 11, 2011

Kehidupan.....

Dah lama sangat aku tidak menulis hampir bertahun.... Kesibukkan yang amat sangat sepanjang tahun 2010 dan 2011 tapi kini aku ingin menjadikan ruang blogku kembali sebagai sebahagian dari rutinku. Aku ingin menjadi blog aku ini sebagai bahan bukti sejarah agar satu hari nanti Faris dapat membaca dan jadi temannya pada waktu aku telah tiada.....

Kehidupan.....

Berbagai perkara yang berlaku dan tak sangka begitu menguji kesabaran,ketabahan aku. Persahabatan, musuh, kepimipinan memberi makna dalam kehidupan yang batil ini..... Aku hanya memohon agar Allah memberi kekuatan kepadaku agar menempuh kehidupan yang mencabar. Moga Allah kurniakan aku keimanan yang tebal dan kesabaran dalam meniti kehidupan ini.

Terima kasih tidak terhingga buat keluarga aku yang selalu bersama aku, agen-agenku yang mempercayai kepimpinanku moga kita akan bertambah berjaya lagi.

Buat Nuzihan Zakaria & Mazura, Adnan dan Hartini serta Junaidi dan Norhayati Selamat terima kasih kerana apa yang berlaku sekarang memberi pengajaran yang tidak terhingga pada diriku.