
Selalu saya bertanya kepada rakan-rakan yang telah berumahtangga kedudukkan mereka dalam diri pasangan mereka. Selalunya jawapan yang diterima mestilah kedudukan yang tertinggi atau yang terpenting. Bila ditanya mengapa, jawapan mereka kerana pasangan mereka tidak pernah mengabaikan mereka bila membuat keputusan, keinginan mereka atau kehendak mereka diberi keutamaan berbanding orang lain.
Indahnya kalau menjadi orang terpenting. Bagaimana kalau kita menjadi orang yang tidak berapa penting dalam hidup pasangan kita?? Menjadi orang kedua, ketiga ataupun keempat. Pasti sedihkan, kerana kita akan menjadi pilihan terakhir selepas pilihan-pilihan yang pasangan kita ada.
Bagi saya, apabila kita tahu kedudukkan kita maka kita secara automatiknya mempunyai persaingan tak kiralah siapa persaingan kita. Sebagai contoh jikalau kedudukkan kita adalah yang kelima didalam diri pasangan kita maka secara logiknya kita mempunyai 4 orang lagi persaingan walaupun dengan nyata kita akan kalah dengan persaigan kita. Sudah pasti pasangan kita akam memberi keutamaan kepada orang-orang yang lebih penting dalam hidup mereka.
Agak-agak kalau kita di tempat yang kelima dalam hidup pasangan kita, apa yang perlu kita lakukan. Ada sahabat saya beritahu, angkat kaki saja cari orang betul-betul sayang kita dengan sepenuh hati mereka. Pasti kita tidak akan terluka. Entahlah kesian sungguh kalau kita terpaksa hidup dengan pasangan yang tidak meletak kita di tempat yang tertinggi di hati mereka. Kesian kalau kita menjadi pilihan terakhir mereka setiap kali keputusan dibuat.
No comments:
Post a Comment