Thursday, September 18, 2008

Hari Raya


Macam tak percaya je kita sudah berada di penghujung ramadhan. Dalam kegawatan ekonomi, kegawatan politik kita dah nak menyambut hari raya. Makna hari raya untuk diriku ialah boleh makan sedap-sedap yang dimasak oleh mak dan kami akan berkumpul adik beradik.

Tahun ni mungkin ada kelainan sedikit dalam keluargaku kerana mak aku jatuh sakit. Sudah pasti raya tahun ini tidak ada air tangan ibuku. Aku pun tak tahu siapa la yang akan mengambil alih tugas menyediakan ketupat kegemaraan kami. Tiap-tiap tahun mak mesti akan ingatkan kami "belajar-belajar buat ketupat bila aku tak ada nanti korang semua tak tahu nak buat." Seingat aku, aku pernah belajar sekali, tapi aku masih tak tahu lagi membezakan ketupat jantan ke atau ketupat betina. Maybe tahun ni kami buat ketupat di tepi katil mak agar mak dapat perhatikan cara kami.

Sepatutnya tahun ini, kami adik beradik berpakat untuk beraya dan menghabiskan waktu meneman mak di hari raya. Keuzuran mak membuatkan kalau boleh ingin selalu bersama dia manalah tahu kalau-kalau tahun ini adalah raya terakhir dia bersama kami.

Tapi nampak gayanya aku mungkin berpeluang bersama mak di pagi raya sahaja memandangkan suamiku ingin menghabiskan cuti rayanya bersama keluarganya di kampung. Walaupun berat hatiku tetapi terpaksalah aku mengikut rancangan mereka adik beradik... Rancanganku selalunya menjadi rancangan kelima bagi suamiku. Terpaksalah aku mengikut rancangan-rancangan yang lain dahulu.

Aku memohon pada Allah agar raya ini bukanlah raya terakhir kami bersama mak dan ayahku. Ya Allah sihatkan tubuh badan dan panjangkanlah usia ibuku.

4 comments:

mazlina my said...

Huhu... sedih n sebak plak bila baca blog d ni... Tahun ni yin raya kat Behrang... Lagi la rasa sedih.. Sapa nak masak n tolong mak.. Harapkan wani jer laaa.... Semoga mak cepat sihat dan kembali seperti biasa.. Rindu waktu mak sihat dulu2.. leh jalan.. berdua ngan abah ronda2.. I Luv U mak!!!

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Sapa nak buat ketupat??

Noor Alwani Mohamed Yusoff said...

takpe tahun ni nampaknye wani la yg kene berkerja keras..hehehe..

jag said...

Realise that ... in life we do not always get what we wish or hope for. Make the best of what life's platter serves you and with a smile in your heart say.. thank you Lord! Selamat Hari Raya and hope you have a joyous time with family and friends!!